SEARCH

Wednesday, 18 March 2015

Embed Aplikasi Todaysmeet di LMS CIDOS 2.5

Pada post sebelum ini telah diterangkan, penggunaan Aplikasi web 2.0 Todaysmeet untuk sesi perbincangan dalam PnP. Berikut adalah tutorial, bagaimana untuk embed aplikasi Todaysmeet di LMS CIDOS 2.0.

Setelah login ke Todaysmeet, akan terpapar senarai room yang telah diwujudkan. Pilih satu room yang aktif untuk embed ke CIDOS

Klik pada Room Tools

Pilihan boleh dilakukan samada untuk menggunakan QR Code atau embed. Klik embed.

Tetapan yang sesuai ialah, Live Stream dan Moodle. Selepas itu klik Copy

Dalam mode CIDOS edit, klik Add an activity or resource dan pilih Label. Paste embedded code pada mode HTML Source editor. Klik update.

Klik save and return to course.

Paparan sebenar pada platform LMS CIDOS 2.5

Thursday, 5 March 2015

Bagaimana untuk Backup dan Restore platform di LMS CIDOS 2.5?

LMS CIDOS 2.5 mempunyai kemampuan untuk menyalin semula platform kursus yang telah lengkap kepada platform baru. Pensyarah tidak perlu untuk muatnaik bahan pembelajaran atau membuat tetapan semula.

Dengan menggunakan fungsi Backup dan Restore, proses penyalinan dilakukan dengan mudah.

Add a new course untuk mengwujudkan platform baru untuk sesi akan datang.

Platform baru telah diwujudkan dengan format KOD<space>NAMA KURSUS<space>SESI, sesi diletakkan bagi membezakan platform Blended Learning untuk sesi yang sedang aktif.

Dalam mode Course Category nama pensyarah, pada bahagian ADMINISTRATION, klik pada MANAGE THIS CATEGORY

Pilih platform lengkap pada semester ini yang ingin disalin dan akan digunakan pada semester depan, klik pada bahagian BACKUP

Proses BACKUP bermula dan mempunyai 5 peringkat iaitu
INITIAL SETTINGS, SCHEMA SETTINGS, CONFIRMATION AND REVIEW, 
PERFORM BACKUP dan COMPLETE

Pada peringkat ini kita boleh memilih tetapan mana yang perlu disalin, disarankan untuk UNTICK pada INCLUDE ENROLLED USER bagi mengelakkan menyalin data pelajar sedia ada. Klik NEXT

Hanya klik NEXT untuk peringkat SCHEMA SETTINGS


Pada peringkat CONFIRMATION AND REVIEW, proses semakan akan dilakukan sebelum menyalin, jika tetapan seperti yang dikehendaki, klik PERFORM BACKUP

Peringkat COMPLETE akan menyatakan 'The backup file was successfully created'. Ini bermaksud proses BACKUP berjalan lancar. Klik CONTINUE

Pada bahagian COURSE BACKUP AREA akan memaparkan file backup yang telah wujud. Buat semakan dan klik RESTORE

Proses RESTORE bermula dan mempunyai 7 peringkat iaitu
CONFIRM, DESTINATION, SETTINGS, SCHEMA, 
REVIEW, PROSESS dan COMPLETE

Jika pengesahan telah dibuat, klik CONTINUE

Peringkat DESTINATION, memberi 3 pilihan kepada pengguna untuk RESTORE platform yang telah disalin.

RESTORE AS A NEW COURSE
Platform yang telah disalin akan di simpan pada platform yang baru

RESTORE INTO THIS COURSE
Platform yang telah disalin akan di simpan pada platform yang asal. ELAKAN melakukan proses ini kerana ia akan memadam platform yang asal.

RESTORE INTO AN EXISTING COURSE
Pilihan yang terbaik untuk RESTORE. Platform yang disalin tadi akan disimpan pada platform baru yang telah kita wujudkan diawal tadi. Tick pada platform tersebut, sebagai contoh untuk tutorial ini
EC504 INTERACTIVE MULTIMEDIA APPLICATIONS (JUN2015)
klik CONTINUE

Setelah membuat semakan di peringkat SETTINGS, klik NEXT


Seterusnya klik NEXT

Pada peringkat PROCESS klik PERFORM RESTORE

Proses RESTORE telah berjaya menerusi info yang diberi, klik CONTINUE

Disebelah kiri adalah platform asal, dan disebelahkan kanan adalah platform baru yang telah disalin. Mudahkan? Namun begitu pensyarah perlu membuat tetapan asas kepada platform yang baru, antaranya 
COURSE EDIT SETTINGS dan ENROLLED USER

Dan kini platform dalam Mode Blended telah tersedia untuk semester hadapan.

Monday, 2 March 2015

URL Shorten


Bitly.com menyediakan perkhidmatan untuk meringkaskan URL bagi laman sesawang yang mempunya URL yang panjang. Contohya blog ini iaitu,


diringkaskan menjadi





Google juga menyediakan perkhidmatan ini iaitu




Web 2.0: Flipsnack

http://www.flipsnack.com/

FlipSnack adalah perisian flipbook yang membolehkan anda menukar dokumen PDF ke halaman Flash flip penerbitan digital berbentuk helaian buku dan anda boleh embed ke laman sesawang anda.



Anda perlu Sign Up untuk memulakan Flipbook,

Hanya Drag n Drop file PDF

Flipsnack akan memberikan pautan flipbook yang terhasil

Bentuk flipbook yang terhasil seperti helaian buku