SEARCH

Tuesday, 25 August 2015

Teknik Layar Hijau




Layar hijau atau lebih dikenal dengan istilah green screen, sudah lama digunakan untuk memanipulasi latarbelakang atau latardepan dari objek utama. Dengan menggunakan layar hijau ini objek utama boleh ditempatkan di lokasi tanpa berada di situasi sebenar. Cara yang digunakan ialah dengan menghilangkan latar yang berwarna hijau tersebut dan menggantikan dengan gambar lain yang bersesuaian mengikut tema.

Penggunakan perisian Adobe Premier Pro CS6 mampu merealisasikan teknik ini.  Kesan(Effect) yang digunakan untuk menghilangkan layar hijau ialah ULTRA KEY yang berada di Effects subcategory  KEYING.


Layar hijau bagi pembangunan bahan P&P disediakan di eLearning Lab, Bangunan COT, JKP, Politeknik Ungku Omar untuk kegunaan para pensyarah.

Tuesday, 18 August 2015

Kursus Pembangunan Objek Pembelajaran (SCORM)







Kursus Pembangunan Objek Pembelajaran (SCORM) anjuran eLearning dan ULPL telah dijalankan pada 17 hingga 19 Ogos 2015. Kursus yang dijalankan selama 3 hari di eLearning Lab, menekankan konsep dan Tools yang boleh digunakan untuk membangunkan bahan Pengajaran dan Pembelajaran. 

Antara perisian yang didedahkan:
1. Adobe Premier CS6
2. iSpring Presenter

Peserta-peserta juga diberi persedian bagi menyertai pertandingan SCORMKING yang akan didakan pada bulan Oktober nanti.