SEARCH

Wednesday 27 April 2016

Kursus Adobe Photoshop CS6






28 April 2016: Kursus Adobe Photoshop CS6 telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan menggunakan kemudahan eLearning Computer Lab. Kursus yang dijalankan selama 2 hari bermula hari ini khusus kepada pensyarah JKE dengan jumlah kehadiran seramai 17 orang. Kursus ini menekankan kepada kemahiran penggunaan perisian dan seterusnya membangun bahan-bahan berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) masing-masing.

Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Anuar Bin Shaari dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Semoga kursus ini bermanfaat kepada peserta yang hadir.

Tuesday 26 April 2016

Kursus Massive Open Online Course (MOOC)








27 April 2016: Kursus/Bengkel Massive Open Online Course (MOOC) telah dianjurkan oleh JK eLearning, Politeknik Ungku Omar. Peserta kursus terdiri dari kalangan pensyarah yang akan melaksanakan MOOC bagi kursus masing-masing pada sesi Jun 2016. Kursus telah dikendalikan oleh 2 orang penceramah iaitu Pn. Fazlinda Bt. Ishak (JPA) dan En. Md. Fauzi B. Ismail (JP) dan telah dihadiri seramai 25 orang pensyarah.

Perlaksanaan MOOC akan menggunakan platform http://www,openlearning.com