SEARCH

Friday 19 June 2015

Bagaimana untuk unenrol pelajar di platform kursus?

Ada pelbagai pilihan pensyarah untuk membuat platform kursus di LMS CIDOS. Jika masih ingin menggunakan platform kursus sesi semester yang lepas, edit platform setting perlu dilakukan dengan merujuk kepada tutorial berikut:


Berikutnya adalah untuk unenrol pelajar sediada. Berikut adalah tutorial untuk unenrol pelajar di platform kursus.

Langkah 1: Klik User

 Langkah 2: Klik Enrolled users

Langkah 3: Klik mana-mana antara tanda merah di bawah



Langkah 4: Klik Continue untuk unenrol pelajar berkenaan.

Thursday 18 June 2015

Bagaimana untuk membuat platform kursus baharu di LMS CIDOS?

Berikut adalah tutorial bagi memulakan platform baru untuk kursus yang akan dijalankan pada semester baru.

1. Untuk memulakan kursus dengan platform baru, klik pada 'Add a new course' pada page 'Course Categories'



Tetapan 1: 
Pada ruangan 'Course full name' isikan  <Code Kursus> | <Nama Kursus> | <Sesi>
Contoh:
EC504 MULTMEDIA INTERACTIVE APPLICATIONS (JUN2015)

Tetapan 2: 
Pada ruangan 'Course Short Name' isikan <Code Kursus> | <Nama Pendek> | <Program> | <Sesi>
Contoh:
EC504 | JAMRI | DTK | JUN 2015

Bagi tetapan 1 ianya memudahkan pembantauan konsep Pembelajaran Teradun (Blended Learning) Individu, Jabatan dan Politeknik. Bagi tetapan 2, course short name tidak boleh sama dengan mana-mana platform, bagi membezakannya, nama program dan sesi diletakkan.

Tetapan 3: Pada ruangan berkenaan, tulis Lecturer. Perkataan Lecturer akan terpapar di Course Categories.


Setelah selesai membuat semua tetapan berikut. Platform yang baru akan terhasil bila anda klik
pada 'Saves changes'


Wednesday 17 June 2015

Taklimat Konsep Pembelajaran Teradun





Taklimat Konsep Pembelajaran Teradun
15 Jun 2015 |3.15 petang
Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar

Satu taklimat Pembelajaran Teradun (Blende Learning) telah dilaksanakan untuk para pelajar kemasukan baharu Politeknik Ungku Omar sesi Jun 2015. Taklimat yang dihadiri hampir 1858 pelajar ini bertujuan untuk menerangkan tentang Konsep Pembelajaran Teradun, termasuk juga pengenalan dan pentingnya Learning Management System (LMS) CIDOS yang bakal digunakan oleh para pelajar.

Taklimat yang dijalankan hampir 45 minit ini menekankan pentingnya konsep Pembelajaran Teradun yang akan dilalui oleh para pelajar. Konsep di mana Face to Face digabungkan bersama Pembelajaran atas Talian .

Poster we 'R Blended

Taklimat yang dijalankan menggunakan konsep interactive, pelajar boleh berinteraksi bersama penceramah bagi bertanyakan soalan dan juga pendapat. Di bawah ini adalah sebahagian contoh-contoh soalan dan pendapat para pelajar berkenaan Kosep Pembelajaran Teradun. Persoalan para pelajar ada antaranya telah dijawab semasa sesi penerangan berlangsung.













PUO we 'R Blended!!!!!


Slide persembahan taklimat Pembelajaran Teradun boleh dimuaturun di sini: Slide Persembahan



Monday 15 June 2015

Kursus Pembelajaran Teradun



Kursus Pembelajaran Teradun telah dijalankan di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) pada 15 Jun 2015. Para pensyarah diberi taklimat dan kursus bagaimana penyediaan platform baru untuk pembelajaran sesi Jun 2015. Ada 3 pilihan untuk pensyarah bagi menjalankan Pembelajaran Teradun dengan menggunakan platform CIDOS.

1. Menggunakan platform baru dengan tetapan yang baru.
2. Menggunakan platform sedia ada pada semester lepas dan sunting semula nama kursus
    mengikut tetapan untuk sesi Juhn 2015 dengan memadam senarai pelajar sedia ada.
3. Membuat backup and restore platform lama ke platform baru.


Saturday 13 June 2015

CIDOS Inspiring Learning Awards 2015

Adalah dimaklumkan bahawa satu pertandingan CIDOS Inspiring Learning Awards 2015 (eDola2015) akan dianjurkan oleh Center for eLearning and Teaching (CeLT), JPP. Pertandingan hanya terbuka kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan Politeknik Malaysia.

Terdapat 3 Section pertandingan iaitu:
1. eMicro Content Competition (Pelajar)
2. SCORMKING Compertition (Pensyarah)
3. CIDOS DOODLES Compertition(Terbuka)

Maklumat lanjut dan dokumen siaran boleh diperolehi di sini:
https://storify.com/JamriKasim/econvergence-2015-2016\

Tarikh-tarikh penting:

VIDEO PELAJAR(eMC2):
30 Jun 2015 : Tarikh akhir pendaftaran peserta
21 Ogos 2015 : Tarikh akhir muatnaik link youtube ke CIDOS

SCORMKING:
15 Ogos 2015 : Tarikh akhir pendaftaran peserta
31 Ogos 2015 : Tarikh akhir muatnaik file SCORM ke CIDOS

DOODLES:
30 Jun 2015 : Tarikh akhir pendaftaran peserta
21 Ogos 2015 : Tarikh akhir muatnaik Doodles ke CIDOS


Friday 12 June 2015

Technology Enable Collaborative Classroom (TECC)


Satu infografik yang menarik tentang keperluan bagaimana rekabentuk bilik darjah mampu memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar.

http://elearninginfographics.com/design-can-impact-learning-engagement-classrooms/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Politeknik Ungku Omar juga tidak ketinggalan dalam mereka bentuk bilik kuliah yang berkonsepkan Collaborative Classroom. Satu bilik kuliah yang diberi nama Technology Enable Collaborative Classroom (TECC) telah direkabentuk dan dibangunkan dengan harapan ianya mampu memberi impak cara pengajaran dan pembelajaran samada pensyarah atau pelajar. Walapun masih dalam proses naik taraf bilik kuliah berkenaan, namun ianya mampu direalisasikan atas kerjasama dari Center for eLearning & Teaching (CeLT), JPP.

Menurut statistik 2013 dan 2014, PUO merupakan pengguna portal ePembelajaran CIDOS yang tertinggi dan pada 2015, PUO telah mencapai True Practiced Blended Learning menerusi pencapaian Blended Learning Index: 0.50(BL3)

http://celtsatu.blogspot.com/2015/06/tahniah.html

Sebelum



Selepas






Technology Enable Collaborative Classroom (TECC) hampir 80% siap.

Thursday 11 June 2015

Pertandingan Video Scribing/Animasi 2D PPPMPT, KPM 2015


Satu Pertandingan Video Scribing/Animasi 2D PPPMPT, KPM 2015 telah diadakan pada 17 hingga 20 Mei 2015 yang lepas. Pertandingan berbentuk animasi 2D video scribing ini memerlukan peserta menerangkan agenda dan mempromosi PPPM(PT) termasuk dikalangan warga pendidikan samada pegawai, pendidik atau pelajar. Ianya menekankan kepentingan sepuluh (10) lonjakan yang telah digariskan iaitu:
1. Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan Seimbang
2. Kecemerlangan Bakat
3. Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
4. Graduan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) yang Berkualiti
5. Kemampanan Kewangan Pemantapan Tadbir Urus
6. Ekosistem Inovasi
7. Keunggulan Global
8. Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global
9. Transformasi Pendidikan Tinggi.

Admin telah menyertai pertandingan ini dengan menghasilkan video scribing menggunakan videoscribe. Dengan kekangan masa dan datleline yang hampir, video yang dihasilkan telah mendapat antara 20 Terbaik!. Penilaian akhir akan dilakukan dalam masa terdekat.




Menghasilkan satu animasi berbentuk video scribing 2D amat mudah apabila menggunakan aplikasi web 2.0 antaranya:








Selamat mencuba.

Wednesday 10 June 2015

Perkongsian idea menerusi eConvergence 2015

Politeknik Ungku Omar telah menyertai eConvergence 2015 dengan menampilkan 9 penyertaan. Penyertaan dikalangan pensyarah dan pelajar. Berikut disertakan kesemua pautan youtube perkongsian idea menerusi eConvergence 2015.

Jangan lupa untuk subscribe channel: eLearning PUO